Sunday, February 12, 2017

Mengenai Air laut Pantai Timur dan Waktu Sesuai Memancing


Suka kepada aktiviti memancing atau menangkap ikan adalah juga dikatakan sebagai hobi sampingan, dan ada juga orang yang sangat tegar meminati hobi sebegini yang selalu dikenali sebagai 'kaki pancing'. Apa pun sama ada kaki atau suka suka minat memancing, perlu kita ambil tahu serba sedikit info berkenaan air, keadaan pasang surut dan yang berkaitan denagn aktiviti memancing sungai  atau laut.

Copy&Paste dari blog www.nazlee.com

Waktu Sesuai Memancing Mengikut Kalendar Islam Hijrah


Tarikh 12/13/14/15/16hb Hijrah:
Bulan Penuh/Mengambang

1. Selat dan sungai 
a)Arus deras dan tinggi. 
b)Pasang lebih lama dari surut. 
c)Batu ladung 30 keatas. 
d)Tidak sesuai untuk memancing.
2. Laut pantai timur
a)Arus mati yang panjang sebelah malam 
b)Surut yang sedang tapi pendek sebelah siang
c)Air biasanya keruh sedikit.
d)Sesuai memancing kerana ikan kurang sensitif.

Tarikh 19/20/21/22/23hb Hijrah: 
Bulan separuh

1. Selat dan sungai 
a)Pasang kurang berarus dan surut yang sederhana
b)Tempoh pasang & surut yang sama.
c)Sangat sesuai memancing terutamanya 22 dan 23hb hijrah.
2. Laut pantai timur 
a)Pasang surut arusnya sama iaitu sederhana 
b)Jangkamasa pasangsurut sama.
c)Kadangkala air terlalu jernih dan berkaca 
d)Ikan sensitif pada penglihatan.

Tarikh 26/27/28/29/30/hb hijrah:
Bulan gelap

1. Selat dan sungai
a)Arus mulai besar dengan arus semakin laju 
b)Surut yang panjang diwaktu siang manakala pasang yang pendek. 
c)Air keruh terutamanya waktu surut 
d)Tidak sesuai memancing.
2. Laut pantai timur
a)Arus pasang sederhana yang panjang sebelah siang
b)Arus mati tapi pendek sebelah malam
c)Air biasanya keruh sedikit.
d)Sesuai memancing kerana ikan kurang sensitif.

Tarikh 5/6/7/8/9hb Hijrah:
Bulan Separuh

1. Selat dan sungai
a)Surut kurang berarus dan pasang yang sederhana
b)tempoh pasang & surut yang sama.
c)Sangat sesuai memancing terutamanya tarikh 8 dan 9hb.
2. Laut pantai timur
a)Pasang surut arusnya sama iaitu sederhana
b)Jangkamasa pasangsurut sama.
c)Air tidak terlalu jernih dan sesuai untuk memancing.
d)Ikan sensitif pada penglihatan.

Istilah air yang perlu diketahui oleh kaki pancing

-Air Menyorong Kecil bermaksud keadaan air besar yang mula perlahan dan akan mati selepas 3 hari. Ketika ini air keruh mula jernih dan arus perlahan. Kebanyakan kawasan sesuai untuk memancing. Kebiasaannya waktu ini sesuai untuk memburu spesis Kurau, Senangin dan Jenahak di kawasan dermaga dan kawasan dalam yang lain. Biasanya ketika ini juga nelayan akan melabuhkan jaring Tagan di sekitar anak sungai selama air pasang. Jika di kawasan terbuka di luar, Jaring Tekap digunakan bagi menjerat spesis dasar berkarang.

-Air mati tidak berarus bermaksud, keadaan air begitu jernih dan sekiranya umpan di jatuhkan, arus tidak mampu menghanyutkan batu walaupun bersaiz kecil. Adakalanya umpan tanpa batu tidak akan hanyut. Keadaan air seperti ini menyebabkan ikan kurang aktif. Hanya waktu air mula pasang atau air mula surut yang mempunyai arus sesuai untuk memancing. Ketika ini ikan buntal dan Sesirat adalah yang paling banyak mengganggu. Sekiranya hujan, suhu air bertambah sejuk dan ini memburukkan keadaan. Kebanyakan spot sesuai berada di laluan tengah selat seperti laluan kapal dan kawasan tertentu yang lain. Ketika ini, air jernih di kawasan anak sungai amat sesuai untuk teknik Casting. Umpan perumpun atau udang hidup sesuai untuk menjerat Tetanda dan Siakap yang bergerak di dalam anak sungai. 

-Air menyorong besar bermaksud, keadaan air mati yang mula berarus. Biasanya berlaku 3 hari sebelum air besar. Ketika ini ikan yang berada di kawasan zon pasang surut air mati mula aktif dan bergerak mengikut arus. Ketinggian air pasang boleh dilihat meningkat sedikit demi sedikit. Kebiasaannya pada hari ketiga, nelayan akan keluar menjaring untuk memburu spesis Ikan Senangin yang mula bergerak bersama air pasang.

-Air besar bermaksud, keadaan air pasang tinggi dan arus deras. Biasanya air bergerak bersama lumpur menyebabkan air keruh seperti teh susu. Biasanya berlaku selama 7 hari sebelum air mengecil semula. Ketika ini air pasang akan menenggelamkan reba-reba kayu dan batu tebing di sekitar tebing selat. Ketika air mula tinggi spesis ikan Tanda dan Gelama adalah spesis yang biasa menghuninya. Kebanyakkannya berlindung ketika arus di kawasan tengah terlalu laju. Kebanyakan spesis Ikan Semilang juga amat aktif ketika ini. Kawasan muara dan anak sungai ketika air mula masuk, adalah yang paling sesuai. Kebanyakan ikan Pari kecil di bawah 2 kg biasanya banyak terdapat di kawasan pantai yang cetek. Di waktu ini juga, nelayan akan keluar menjaring Ikan Bawal di kawasan laluan kapal yang dalam.

- Air Mati
Lazimnya air mati akan berlaku pada 5,6,7,8,9 hb hijrah dan 19,20,21,22,23 hb hijrah .Air mati bermaksud aras perbezaan air pasang dan surut yang tidak jauh perbezaannya iaitu kebiasaannya aras perbezaan sekitar 1.5 hingga 2.5 meter. Perbezaan aras yang kurang sewaktu pergerakan pasang dan surut menyebabkan air bergerak perlahan untuk kedua-dua hala. Pada waktu air mati, air kelihatan jernih tanpa banyak lumpur dan sampah sarap. Air terlalu perlahan dan ikan dipercayai pasif pada ketika ni seterusnya ikan tidak berminat membaham umpan.

Walaupun keadaan air yang cantik kadangkala tidak juga membuahkan hasil Ini bergantung kepada keadaan cuaca semasa dan suhu persekitaran Dan Rezeki dari Tuhan yang Maha Kuasa.
Wallhua 'alam

Info dari group whatapps  KPFW
C&P dari CKT Online Tackle



1. Info Jadual Pasang surut boleh klik sini (http://www.tides4fishing.com/as/malaysia/kuala-terengganu)
2. Info Pakej mencandat dan memancing boleh klik sini (www.decomplot.com)

No comments:

Post a Comment