Thursday, March 9, 2017

Cara-cara Mengatasi, Merawat dan Petua Mabuk Laut

Cara-cara Mengatasi, Merawat dan Petua Mabuk Laut 


Admin DeComplot bukanlah Nelayan sebenar, sekadar berminat dan hobi dekat dengan laut. Ada sebahagian orang sangat berminat dengan aktiviti memancing tetapi dia 'kalah' dengan mabuk laut. Sedikit sebanyak membantutkan minat memancing di tengah lautan dalam. Di sini admin menjadikan perkongsian ini untuk semua pembaca memanfaatkan bila masa perlu. Terima kasih kepada penulis asal. Semoga ianya berguna. Elakkan Mabuk Laut macam ni..


Kalau dah jadi macam dalam gambar atas ni. Apa pun tak boleh!. Okay, kita teruskan dengan cara-cara mengatasi ;

1 - Sebelum Menyertai Sesuatu Trip Memancing, Pastikan Diri Anda Mendapat Tidur Yang Cukup (Minimum 5 Jam)

2 - Jangan Lupa Makan Terlebih Dahulu, Tapi Jangan Sampai Terlalu Kenyang. Jangan Makan Makanan Yang Mengandungi Minyak Yang Banyak. Apabila Sudah Makan Ianya Dapat Menghindarkan Perut Daripada Dimasuki Angin Yang Boleh Menyebabkan Mabuk.

3 - Ubat-ubatan Seperti Minyak Angin, Balm, Koyok, & Ubat Tahan Mabuk Juga Perlu Disediakan. Makanlah Ubat Tahan Mabuk 1/2 Jam Sebelum Memulakan Sesuatu Trip.

4 - Semasa Di Atas Bot, Badan Jangan Terlalu Membongkok Atau Melihat Ke Bawah, Ini Kerana Jika Keadan Itu Berlaku Ianya Juga Boleh Membuatkan Anda Cepat Merasa Mual Atau Loya, Cubalah Melihat Sesuatu Yang Jauh.

5 - Cuba Hindari Daripada Duduk Bedekatan Dengan Bahagian Enjin, Kerana Bau Asap Yang Terhasil Daripada Enjin Tersebut Juga Boleh Membuatkan Anda Mabuk.

6 - Bawalah Bekal Buah-buhan Segar Ataupun Jus Buah. Air 100 Plus Juga Mampu Membantu Mengeluarkan Angin Dari Badan.

7 - Satu Lagi Tip Yang Mungkin Dapat Membantu Adalah Dengan Cara Mendengar Muzik.

8 - Jika Tekak Sudah Mula Merasa Mual Atau Ingin Muntah, Sebaiknya Muntahkan Saja Kerana Ianya Akan Membuatkan Badan Anda Lebih Berasa Selesa.

9 - Apabila Cara-cara Di Atas Sudah Dilakukan Dan Masih Tidak Berkesan, Cara Yang Terbaik Adalah Dengan Kembali Ke Darat Dan Berjumpalah Dengan Doktor.

Cara-cara Memberi Pertolongan Kepada Mangsa Mabuk


Biasanya Kita Kurang Berminat Untuk Memberikan Pertolongan Kepada Rakan Yang Mabuk, Ianya Kerana Kita Bimbang Yang Kita Akan Turut Mabuk Apabila Membantu Mereka. Sepatutnya Menjadi Tanggungjawab Kita Memberikan Bantuan Kepada Mereka Yang Berada Dalam Situasi Itu. Sekurang-kurangnya Memicit Bahagian Tengkuknya Agar Muntahnya Dapat Keluar Dengan Lebih Lancar Dan Cepat Merasa Lega. Rakan Yang Mabuk Sudah Tentu Tidak Berdaya Untuk Bangun Atau Bergerak, Jadi Di Sini Ada Beberapa Cara Yang Boleh Membantu:-

1 - Mula-mula Anda Harus Membantu Mereka Agar Duduk Bersandar & Kemudian Picit Bahagian Tengkuk Serta Pangkal Telinga Dengan Perlahan-lahan.

2 - Mangsa Perlu Diberi Minum Air Masak/ Mineral Dengan Banyak  Agar Dapat Melegakan Tekak Dan Perutnya. Malah Jika Perlu Air Tersebut Ditambahkan Dengan Gula Dan Garam Bagi Mengantikan Cairan Tubuhnya Yang Sudah Habis Keluar Bersama Muntah. Jika Ini Dilakukan, Ia Akan Lebih Cepat Segar.

3 - Dengan Cara Apapun Perut Harus Diisi, Ini Kerana Selepas Menerima Makanan Atau Minuman, Ia Akan Muntah Semula. Jadi Jangan Bimbang Kerana Ianya Adalah Satu Proses Rawatan Yang Perlu Dilakukan

4 - Rakan Yang Muntah Perlu Dielakkan Daripada Meneruskan Aktiviti Memancing Bagi Memulihkan Kesihatan & Kesegaran Tubuhnya.

5 - Langkah Terbaik, Rebahkan Mangsa Dalam Keadaan Separuh Berbaring Di Luar Kabin Atau Tempat Terbuka Bagi Membolehkan Mangsa Menghirup Udara Segar. Tetapi Ingat , Pastika Mangsa Tidak Menghirup Bau Asap Yang Keluar Dari Enjin Kerana Ia akan Lebih Memudaratkan.

6 - Usahakan Agar Rakan Tersebut Tidur Sehingga Dirinya Tersedar Sendiri, Insyaallah Mereka Yang Terkena Mabuk Laut Itu Akan Beransur Pulih Dan Dapat Meneruskan Aktiviti Memancing.

Petua yang boleh diamalkan

(Samada benar atau tidak kita perlu mencuba terlebih dahulu dan jika mahu mencuba saya sarankan agar berselawat terlebih dahulu. Jika masih mabuk gunakan teknologi terkini dengan menelan pil penahan mabuk dan jika masih gagal, dinasihatkan jangan kelaut. Memancing sahaja di sungai dan tasik – anda pasti tidak mabuk)


1 - Ini rasional – mengikut pakar perubatan. GINJAL dibelakang telinga memainkan fungsi penting dalam menseimbangkan tubuh badan. Digalakkan mengurut ginjal dibelakang telinga terutama bila mula merasa pening. Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan selain melakukan senaman ringan mampu menghilangkan rasa mabuk laut.

2 - Bagi nelayan, MINUM AIR LAUT dikuala mampu menahan diri daripada mabuk laut. Boleh diminum hingga ‘sendawa’ dan boleh juga sedikit sahaja kerana ini boleh menahan tekak dari merasa loya.

3 - Syor nelayan dan TLDM, agar orang yang mabuk laut, TERJUN DAN MANDI LAUT tapi mesti pandai berenang. Dengan menyelam beberapa ketika badan dan kepala akan menjadi segar semula.

3 - OREN SUNKIST juga berguna. Ada orang kata,limau tak boleh dibawa kelaut, takut ribut. Kita hanya perlu bawa kulit Oren Sunkist saja. Kalau boleh kunyah kulit Oren berkenaan sepanjang berada di laut. Kalau tak sanggup, kunyahlah sebelum perjalanan dan jika terasa loya semula, kita kena kunyah lagi.

4 - Cuba makan KELEDEK MENTAH. Rasionalnya mudah, keledek mentah mempunyai sedikit getah yang boleh membuat mulut kita tidak rasa loya.

5 - Makan PISANG KELAT. Rasionalnya sama seperti keledek. Untuk lebih mujarab, titiskan sedikit air limau sebelum memakannya.

6 - Selit kan SAYUR KANGKUNG dipinggang atau poket.Pastikan ia tidak jatuh sepanjang kita memancing.

7 - Tumbuk LADA HITAM yang dicampur dengan HALIA BARA, kemudian sapu diperut terutama bahagian pusat sebelum ke laut.

8 - Sebelum memancing , jangan minum minuman yang BERKRIM ATAU BERSUSU. Seeloknya bawa AIR OREN sebagai minuman semasa memancing.

SEMOGA BERMANFAAT UNTUK KITA SEMUA

1 comment:


  1. Suami saya pernah mabuk time nak g memancing kat laut, dia cakap makan panadol then terus tidurnasib terjaga tengah malam merasa juga untuk memancing di lautan

    ReplyDelete