Thursday, September 19, 2019

Cadangan Tarikh Sesuai Trip Candat Sotong 2020


Cadangan Tarikh Sesuai Trip Candat Sotong 2020


candat sotong


Jadual di atas adalah cadangan tarikh-tarikh berdasarkan jadual pasang surut.air laut. Secara umumnya saya cuba membantu anda membuat perancangan awal Trip Candat Sotong sebelum membuat tempahan.

Sedikit penjelasan berkenaan jadual di atas ;

1) Warna kuning mewakili tarikh-tarikh sangat sesuai mencandat, di mana air laut bergerak perlahan, air sederhana, air sederhana besar dan bulan cerah, bulan sederhana gelap.
2)  Warna merah jambu mewakili tarikh tiada perkhidmatan di mana ia jatuh pada bulan puasa dan cuti hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. * tertakluk juga kepada permintaan pelanggan.
3) Warna merah mewakili Nombor  dan Bulan Masihi.
4) Warna hitam mewakili Nombor dan Bulan Hijrah.

 
Sebarang pertanyaan berkaitan dan tempahan trip candat sotong boleh melalui whatsapp :
017-4009726 En. Nazlee

Tuesday, August 20, 2019

PAKEJ CANDAT SOTONG KUALA TERENGGANU 2020


PAKEJ CANDAT SOTONG KUALA TERENGGANU 2020



PAKEJ CANDAT SOTONG KUALA TERENGGANU 2020


Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera kepada semua para penggemar aktiviti mencandat sotong.
Dimaklumkan bahawa tempahan pakej bot bagi tahun 2019 telah pun ditutup awal berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini. Kalau diikutkan pada perancangan, kami akan buka tempahan sehingga akhir bulan September 2019. Tempahan terakhir kami adalah pada pertengahan Ogos ini. 

Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada group-group candat yang telah berurusan dengan kami. semoga kita akan berurusan lagi di tahun-tahun akan datang. 

Kami mengalu-alukan peserta candat dari group family, group persatuan dan kelab, group rakan sekerja dan sebagainya supaya dapat merancang awal bagi memastikan trip candat anda berjalan lancar.

Untuk maklumat lanjut berkenaan pakej candat ini, sila berhubung di nombor telefon atau whatsapp : 017-4009726 En. Nazlee.

instagram : https://www.instagram.com/candatsotong_chendering/


SENARAI HARGA / QUOTATION PAKEJ CANDAT SOTONG 2020



CANDAT SOTONG


Syarat Pembatalan Tempahan

1) Selepas 3 hari deposit diterima daripada pelanggan dan sebelum 15 hari tarikh trip, deposit 50% akan dikembalikan.**
2) Berbaki 14 hari sebelum trip, 100% Deposit Tidak dikembalikan kepada pelanggan/ kira deposit hangus.**
3) Walau bagaimana pun, 100% Deposit akan dikembalikan jika pembatalan bot dibuat oleh pengendali pakej atas sebab-sebab tertentu.

** tertakluk jika ada pengganti deposit penuh akan dipulangkan.
________________
Pakej Bot Candat & Pancing NazleeDotCom Resources

Tuesday, July 2, 2019

Pakej Candat Sotong Untuk Tempahan Bulan Julai Dan Ogos 2019



PAKEJ CANDAT SOTONG

(Julai-Ogos 2019)

Jeti LKIM Chendering, Kuala Terengganu

1)PAKEJ BOT 10 org
*10 Org Peserta (max)
* Lelaki/wanita
HARGA : RM1400.00

2) PAKEJ BOT 15 org
*15 Org Peserta (max)
* Lelaki/wanita
HARGA :
* RM1800.00 (bot biasa)
* Rm1900.00 ( bot vip)

Sewa Koyan Candat @RM10.00
*set lengkap /gelung/tali/mata candat/ladung

Sewa Bilik Penginapan di Jeti
*selesa utk 4 org (2 katil queen ) HARGA : RM120/mlm
*aircond/bilik mandi
* Deposit bilik @rm50/bilik





Nota :
i) HARGA PAKEJ tertakluk kepada perubahan semasa
ii) Deposit RM500 per bot bagi setiap tempahan
ii) Deposit melalui Bank / online transfer kepada :
CIMB Acc No.  (akan dimaklumkan semasa urusan tempahan)

ITINERARY :

DAY 1
5 pm
Berkumpul/berlepas dari Jeti Pelabuhan LKIM

8 pm
Aktiviti mencandat mula

9 pm
Makan malam 1x
Sambung aktiviti mencandat

Day 2
12 am
Sambung aktiviti mencandat

7 am
Dijangka tiba di jeti
TAMAT


PAKEJ TERMASUK ;
- Jaket keselamatan, tandas disediakan
- Tong simpan ais, pil mabuk (jika perlu) disediakan
- Makan malam 1x disediakan
- Air minuman (drinking water) disediakan

Peralatan/ kelengkapan candat/pancing Dan Bilik Penginapan
TIDAK disediakan (sewa jika perlu)
*kadar sewaan dinyatakan dalam sebut harga.

(Info : Musim candat bermula April -September 2019)

 Sekian. Terima kasih

Info lanjut berkenaan pakej, sila berhubung :
Nazli @Nazlee Ismail
Tel/WA :  017-4009726
Email : nazli.angkasa@gmail.com
web info : www.decomplot.com

Tuesday, January 1, 2019

HARGA PAKEJ CANDAT SOTONG 2019



HARGA PAKEJ CANDAT SOTONG 2019

Candat sotong

Kepada anda yang berminat mahu mencuba aktiviti candat sotong, Sila buat perancangan awal dan tempahlah pakej segera. Jika sudah mempunyai grup, jangan berlengah lagi.. hubungi kami untuk maklumat terperinci. Berikut adalah senarai harga pakej berkenaan dibuka untuk tempahan bermula sekarang !


HARGA PAKEJ CANDAT SOTONG 2019

PAKEJ CANDAT SOTONG
PAKEJ CANDAT SOTONG


Nota :
i) HARGA PAKEJ tertakluk kepada perubahan semasa
ii) Deposit RM500 per bot bagi setiap tempahan
ii) Deposit melalui Bank / online transfer kepada : CIMB Acc No. (akan dimaklumkan semasa urusan tempahan)

Tuesday, October 9, 2018

Mencandat Sotong


MUSIM ATAU MASA YANG SESUAI MENCANDAT SOTONG

Pada akhir Mac hingga Julai setiap tahun, ialah musim yang paling sesuai untuk mencandat sotong kerana angin kencang musim tengkujuh timur laut di Laut China Selatan mulai reda, maka musim sotong mengawan dan bertelur akan bermula. Pada lumrahnya, sotong-sotong yang jauh dari laut dalam mula berkunjung ke tempat-tempat tertentu untuk bertelur di sekitar perairan Terengganu terutama berhampiran Pulau Kapas, Pulau Bidong, Pulau Redang dan beberapa tempat lain. Apabila musim mencandat tiba, di sekitar perairan tersebut kelihatan bagaikan berpesta dengan kerlipan lampu kalimantang yang dipasang saban malam. Kehadiran cahaya lampu kalimantang yang berkerlipan itu bertujuan menarik perhatian sotong yang sedang mengawan di kawasan berkenaan untuk berkumpul dan bermain di sekitar kawasan yang diterangi cahaya lampu berkenaan. Ada juga kebanyakan pengusaha perkhidmatan bot candat menggunakan lampu limpah berkuasa tinggi untuk menarik perhatian sotong-sotong. 

Istilah "Kandang Sotong"

Kebiasaanya waktu mencandat sotong bermula senja dan berhenti apabila waktu subuh. Hasil candat akan bertambah kiranya seseorang yang menjumpai kawasan sotong bertelur iaitu tempat di mana berjuta-juta sotong akan berkumpul dan bertelur pada satu tempat. Tempat ini juga dikenali sebagai “Kandang Sotong”. Kandang sotong yang dihuni oleh berjuta-juta sotong ini tidak terdapat seekor ikan pun kerana tahap permakanan sotong ini terlalu egresif sehinggakan mereka memakan sesame sendiri. Jika terdapat ikan pun ialah ikan tenggiri, tasik atau jerung yang berada diluar kawasan sekitarnya untuk memakan sotong itu. Kaedah mencandat menggunakan mata candat twist di kawasan kandang sotong ini adalah yang paling efektif sekali iaitu dengan kaedah appolo, candat diikat dua atau tiga pada mainline. Kebiasaanya candat yang diturunkan belum sampai ke dasar sudah ada sotong terkait pada candat. 

Saiz Sotong Candat

Mencandat sotong biasanya jarang dilakukan apabila bulan mengambang penuh kerana ketika itu sotong bergerak bebas, ada juga yang mencandat pada waktu begini kerana ianya tidak memberi target yang tertentu seperti di tempat kandang sotong atau di sekitarnya. Adakalanya juga mendapat hasil yang lumayan. Bagaimanapun, sotong yang ditangkap pada bulan mengambang lebih besar saiznya berbanding yang ditangkap pada bulan gelap. Sebaliknya, saiz badan yang gemuk itu akan berubah menjadi panjang selepas bulan penuh. Mencandat di waktu bulan gelap lebih sesuai kerana lampu yang di pasang akan menarik perhatian sotong untuk mendekati cahaya. 

Kaedah Mencandat Sotong

Pencandat yang berpengalaman biasanya akan memasang tiga atau empat candat pada satu tali. Kaedah ini dinamakan "apolo". Tali candat akan di lepas ke dasar laut dan sesekali dihejut-henjut supaya mata candat kelihatan seolah-olah hidup di dalam air.dan menjadi daya penarik untuk sotong pemangsa. Jika sudah bertemu rentaknya, kerja mencandat semakin mudah. Lazimnya hasil tangkapan setiap seorang pencandat mampu memperolehi tidak kurang dari 50 kilogram dan pernah capai 100 hingga 300 kilogram sotong semalaman jika terjumpa dan mencandat di kandang sotong.

Jenis Sotong Candat

1. Sotong Torak
Sotong Torak banyak ditemui di kawasan Pantai Timur semenanjung dan menjadi sotong buruan utama pencandat tatkala tiba musim mencandat sotong. Sotong torak mempunyai badan dan sesungut yang panjang. Sotong torak boleh membesar sehingga saiz melebihi panjang satu hasta orang dewasa. Lubuk carian utama pencandat sotong ini ialah "Kandang Sotong' . Sotong Torak mudah tertarik pada cahaya lampu yang terang dan boleh dicandat menggunakan pelbagai jenis candat termasuk candat udang, twist dan candat umpan.

2. Sotong Jarum
Sotong jarum atau juga digelar sotong cumit hampir menyerupai sotong torak di mana mempunyai bentuk badan yang memanjang namun biasanya saiz sotong jarum lebih kecil berbanding sotong torak. Selain itu, warna merah pada kulit di badan sotong jarum lebih jelas. Sotong ini bergerak di kalangan sotong torak dan ketika musim mencandat biasanya hasil candat diselang-selikan dengan sotong jarum. Sotong jarum juga kadangkala gemar berlegar di kawasan hampir dengan pantai.

3. Sotong Mengabang
Sotong mengabang atau sotong ngabang mempunyai bentuk badan yang agak pendek dan lebar. Sotong ini boleh ditemui di kawasan pantai, pantai berbatu dan sekitar pulau yang mempunyai struktur batu karang. Sotong mengabang boleh dicandat dari tebing atau kelong dan dikatakan juga mempunyai rasa yang sedap. Biasanya sotong ini aktif ketika waktu petang dan malam lebih-lebih lagi sewaktu bulan terang. Keadaan arus juga mempengaruhi kehadiran sotong ini. Biasanya penggunaan candat udang sangat berkesan untuk menjinakkan sang mengabang. Anak ngabang juga antara umpan killer untuk memancing

Tuesday, September 4, 2018

PAKEJ MEMANCING LAUT DALAM (BORENG) TERENGGANU 2019


PAKEJ MEMANCING LAUT DALAM (BORENG) TERENGGANU 2019


Pakej memancing berhampiran pelantar minyak di perairan Terengganu kini sudah dibuka untuk tempahan !

Trip menaiki bot pancing (Max 10 Orang peserta) mengambil masa kira-kira 10 jam pelayaran dari Jeti ke lokasi berkenaan. Untuk maklumat lanjut anda boleh dapati sepertimana sebut harga yang dinyatakan :

trip boreng, trip memancing laut dalam


HARGA PAKEJ MEMANCING LAUT DALAM (BORENG) TERENGGANU 2019

pakej memancing laut dalam

PAKEJ MEMANCING LAUT DALAM

Perkhidmatan memancing laut dalam ini berterusan sepanjang tahun 2019, dan pilihan utama kaki pancing adalah sekitar bulan Ogos , September, Oktober dan Februari & Mac).

Sila buat tempahan awal. Hubungi nombor yang tertera pada banner/sebutharga ; (017-4009726)

Wednesday, August 1, 2018

HARGA PAKEJ CANDAT SOTONG 2018


HARGA PAKEJ CANDAT SOTONG 2018

TO
PESERTA / PENGANJUR
REF NO.
QPCL1609/17
TEL

DATE
24//7/2017
EMAIL




ITEM
DESCRIPTIONS
QTY
UNIT PRICE (RM)



PAKEJ CANDAT SOTONG 2018
Jeti LKIM Chendering, Kuala Terengganu







1
PAKEJ BOT 6
*6 Org Peserta (max)
* Lelaki/wanita
1
850.00
(tandas luar)
2
PAKEJ BOT 8
*8 Org Peserta (max)
* Lelaki/wanita
1
1250.00
(tandas luar)
3
PAKEJ BOT 10
*10 Org Peserta (max)
* Lelaki/wanita
1
1400.00
(tandas luar)
4
PAKEJ BOT 12
*12 Org Peserta (max)

Fully booked (2018)
Tempahan ditutup !
5
PAKEJ BOT 15
*15 Org Peserta (max)
* Lelaki/wanita
1
i) 1800.00 (tandas luar
ii) 1850.00 (tandas dalam)
iii) 1900.00 (VIP/double decker)
6
PAKEJ BOT PUKAT & CANDAT
*EXTRA 3 JAM dari pakej biasa
*10 dan 12 Org Peserta (max)
* Lelaki sahaja 
* Dewasa
1
Fully booked (2018)
Tempahan ditutup !



Sewa Koyan Candat 
*set lengkap /gelung/tali/mata candat/ladung

Sewa Bilik Penginapan di Jeti
*selesa utk 4 org (2 queen )
*aircond
* Deposit bilik @rm50/bilik



1



1







10.00



120.00




Deposit setiap bot/pakej

RM500.00 (tetap)
Nota :
i) HARGA PAKEJ tertakluk kepada perubahan semasa
ii) Deposit RM500 per bot bagi setiap tempahan
ii) Deposit melalui Bank / online transfer kepada :
CIMB Acc No.  (akan dimaklumkan semasa urusan tempahan)



ITINERARY : (Pakej 1 – 5)

DAY
TIME
DETAILS
1
5 pm
Berkumpul/berlepas dari Jeti Pelabuhan LKIM

8 pm
Aktiviti mencandat mula

9 pm
Makan malam


Sambung aktiviti mencandat
2
12 am
Sambung aktiviti mencandat

7 am
Dijangka tiba di jeti


TAMAT

ITINERARY : (Pakej 6)

DAY
TIME
DETAILS
1
5 pm
Berkumpul/berlepas dari Jeti Pelabuhan LKIM

8 pm
Aktiviti mencandat mula

9 pm
Makan malam


Sambung aktiviti mencandat
2
12 am
Sambung aktiviti mencandat

5 am
Aktiviti pukat tunda mula
(jadual ini bergantung kepada tekong menentukan masa aktiviti memukat)

10 am
Dijangka tiba di jeti


TAMAT


PACKAGE ;

- Jaket keselamatan, tandas disediakan
- Tong simpan ais, pil mabuk (jika perlu) disediakan
- Makan malam 1x disediakan
- Air minuman (drinking water) disediakan

Peralatan/ kelengkapan candat/pancing Dan Bilik Penginapan
TIDAK disediakan (sewa jika perlu)
*kadar sewaan dinyatakan dalam sebut harga

TEMPAHAN DIBUKA SEKARANG !!
(Info : Musim candat bermula April -September 2018)

 Sekian. Terima kasih


Info lanjut berkenaan pakej, sila berhubung :
Nazli @Nazlee Ismail
Tel/WA 017-4009726