Saturday, January 28, 2017

PETUA HILANGKAN BISA SENGAT SEMBILANG

PETUA HILANGKAN BISA SENGAT SEMBILANG


Admin DeComplot sangat berterima kasih kepada penulis asal yang berkongsi petua ini. Sangat sangat membantu kaki pancing terutamanya semasa dalam kecemasan nanti. Sangat berguna.. Kita baca langakah2 dalam petu yg dikongsikan  ;


Keluarkan dulu duri ikan yang terlekat pada tempat yang kena sengat.

1) Asam Jawa : Ambil asam jawa, kemudian letakkan di tempat yang terkena bisa sengatan ikan Sembilang tadi, Biarkan seketika, insyaallah bisa dan sakitnya akan hilang.

2) Serbuk Kopi : Ambil segera dua atau tiga sudu serbuk kopi dan masukkan ke dalam cawan. Tuang air sedang mendidih. Kemudian ambil kain dan sapukan kepada bahagian yang terkena sengatan untuk beberapa saat. Bengkak berkurangan dan rasa sakit akan hilang.

3) Kapur Sirih : Sapukan kapur sirih dalam kadar yang sedikit pada sekeliling tempat sengatan itu. Pastikan jangan terkena pada tempat luka akibat sengat itu, hanya sapu pada sekeliling tempat sengatan itu saja. Insyallah bisa akan berkurangan.

4) Limau Kasturi/Nipis : Potong limau menjadi 2 bahagian. Picit tempat kena sengat sampai berdarah. Sapukan limau ditempat itu.

5) Tahan denyut : Untuk melegakan rasa sakit/berdenyut. Didihkan air panas agak2 kulit boleh tahan (jgn sampai melecur pulak) rendam tempat luka sengatan tersebut.

6) Kalau boleh pergilah keklinik atau hospital terdekat until mendapatkan rawatan.

Selamat mencuba, 
GelamaPisang

Wednesday, January 25, 2017

ITINERARAY (2D1N) TRIP MECANDAT SOTONG



Ramai orang semakin berminat nak pergi laut mencandat sotong sendiri, nak rasa macam mana suasana pesta mencandat sotong yang menarik. 

"asyik beli sotong kat pasar jer.. mana best bang" kata salah seorang pelanggan pakej ini. Katanya juga pernah lihat keseronokan mencandat sotong melalui rancangan  tv Majalah3. Tertarik punya pasal tahun 2017 ini beliau bersama group sepejabat buat tempahan.

Kali pertama nak mencuba, memanglah terasa excited nya tu.. Menghitung hari sejak Disember tahun lepas lagi. Menantikan bulan May. 

Ramai yang nak tahu bagaimana aktiviti ini dijadualkan. Oleh itu, saya sudah sediakan Itineraray pakej untuk rujukan semua pembaca dan khusuanya pelanggan bot candat ;

PAKEJ MECANDAT SOTONG