Tuesday, December 13, 2016

Memang seronok kalau boleh dapat hasil yang cukup memuaskan hati.


Sotong laut.. memang aku suka buat lauk makan tak kira masa. Sotong sambal, sotong bakar, sotong goreng.. fuhh memang favorite menu aku lah. Tenggiri lak.. terbaik spesis ikan ni yang enak dimasak kari, kari ikan tenggiri memang sedap wehh.. Tengok sini Mat Gebu masak Tenggiri Ala India. Ada yang tak tau macam mana rupa ikan tenggiri?

Aku cerita ni sebab aku excited sangat nak turun laut pada 28hb ni insya Allah. Kami akan Ke Kuala Terengganu, family trip mencandat sotong.

Semalam satu trip pelanggan pakejcandatsotong dari Melaka, dorang ni sangat bernasib baik bila mendapat rezeki tak disangka.. jekpot! kata salah sorang peserta yang tak menyangka lansung boleh menaikkan seekor ikan tenggiri seberat 10kg hanya menggunakan koyan atau seret biasa bermata kail candat. Memang cukup puas hati dengan trip semalam katanya lagi. Hasil sotong candat pulak semalam dorang dapat hampir 30kg sotong. Huh.. memang rezeki dorang lah kali ni.

 Ikan Tenggiri seberat 10kg dinaikkan oleh team candat dari Melaka.

Hasil mencandat ; rezeki semalam hampir 30kg sotong

Memang seronok kalau boleh dapat  hasil yang cukup memuaskan hati..  trip kami nanti belum tau lagi macam mana.
Korang yg berminat boleh plan buat group #candatsotong , nanti boleh roger aku.. 

Info :
(Booking unntuk Trip 2017 sudah dibuka dengan harga sama @ Chendering Kuala Terengganu) klik


Dari nazlee.com > http://www.nazlee.com/2016/05/candat-sotong-dapat-tenggiri-rezeki.html

Monday, December 12, 2016

Pengalaman mencandat 2 hari 1 malam


Trip Mencandat Sotong Chendering Kuala Terengganu, 28 Mei 2016


Sebelum masuk bulan Ramadhan beberapa minggu lalu kami sekeluarga ada buat aktiviti mencandat sotong di perairan Kuala Terengganu, naik di jeti pelabuhan perikanan Chendering (LKIM) jam 5 petang lepas solat Asar. Kami ada 14 orang yang join mencandat ni semuanya tak ada pengalaman langsung mencandat dan mancing laut dalam kecuali abang Joe sorang saja yang kira lebih la sikit pengalamannya dari kami. Abg joe selalu gak turun join kaki pancing laut dalam, Baat pengalamnnya mancing kolam, maktok hebat mancing pantai, abg Zaini mancing pelantar minyak dan aku haha boleh la skil mancing berkarat dan urus trip-trip candat. Tapi kali ni semua yang 'berpengalaman' sepakat join family mencandat pulak. 


Dari KL kami gerak awal pagi, terus ke bilik sewa yang disediakan khas untuk pelanggan pakej mencandat sotong. Bilik-bilik sewa ini nampak keadaannya macam unit blok asrama. Kedudukannya dalam kawasan pelabuhan, dekat sangat dengan tempat nelayan-nelayan turun naikkan hasil tangkapan harian mereka. Blok kediaman adalah berasingan dari bangunan pasar.

>> Pakej Candat Sotong Kuala Terengganu

Kemudahan lain seperti surau, tandas awam dan parking luas memang terbaik untuk pelanggan-pelanggan pakej mencandat yang menyewa di sini. Kos untuk satu bilik Rm120. Bilik berhawa dingin dengan 2 katil queen size serta 1 bilik mandi lengkap dengan tuala dan sabun mandi tersedia di dalam. Bilik sebesar ini cukup selesa untuk 4 orang dewasa.

Aku tiba jam 10 pagi, terus check-in. Kami belum sarapan dan semestinya nak rasa nasi dagang special kat Chendering. Ada Petua nak turun ke laut bagi orang yang pertama kali turun, kata orang jangan makan banyak makanan yang berminyak nanti perut meragam, tak selesa dan cepat rasa nak muntah. 

Sementara menunggu yang lain2 sampai dan check-in bilik masing masing, aku ajak mamaD dan maktok serta hanis makan tengahari awal sikit, boleh la makan nasi ayam dan rojak mee. Kat pekan Chendering ni banyak kedai makan, kira mudah la nak cari makanan. Makan awal boleh rehat rehat dalam bilik yang sejuk nyaman sambil tengok gelagat para nelayan di pelabuhan. Ya.. pemandangan dari koridor blok boleh nampak semua tu.. best sangat. 

Bot yang kitorang akan naik dah ready cuma menantikan masanya tiba petang nanti. Berkobar rasa hati, risau pun ada gak,  teruja amat pun ada bagi yang kali pertama.
Trip Mencandat Sotong Kuala Terengganu

Lepas solat zohor, tidur sekejap untuk recover bangun awal pagi tadi. Aku drive sorang2 dari KL memang terasa letihnya. Hanis dan maktok tidur lena di belakang cuma mamaD terkebil-kebil mata tetap setia menemani aku berborak di sepanjang perjalanan kami selama 4 ke 5 jam macam tu. 

Sebelum keluar bilik ke pelabuhan, telan pil mabuk dulu siap2, sejam sebelum naik bot kalau ikut kebiasaannya. Kami ikutkan saja pesanan orang lama. Pil mabuk memang disediakan dalam pakej mencandat ini.

Jam 4 lebih semua dah ready dengan peralatan mencandat dan memancing. Kami bawa makanan lebih, ada megi cup, kacang, roti dan air mineral. Kami tetap bawak juga walaupun dalam pakej mencandat ini ada disediakan makan malam. Biasalah, bukan nak mencandat sangat, dorang ni kebanyakkannya lebih kepada mahu menikmati angin laut dan suasana 'tingtong' mabuk laut.

Pakej mencandat yang kami sewa ini adalah bot untuk 15 orang penumpang. Tapi kami turun dengan 14 orang saja.. selesa lah sikit. Ada 3 orang lagi di dalamnya termasuk 1 tekong dan 2 pembantu.

>> Pakej Candat Sotong Kuala Terengganu

Perjalanan dari jeti ke kawasan mencandat ambil masa dalam 1 jam lebih. Masa-masa begini sangat terbaik untuk menikmati pemandangan lautan luas, melayan alunan ombak dan deruman enjin bot. Rasa lain macam seronoknya sebab berbeza dari keadaan biasa. Beralun mengikut alunan ombak sesekali tempias dengan derisan air laut menyapa bahagian muka. Kelihatan ikan-ikan kecil berlumba-lumba dengan bot dan ada juga seolah ikan terbang. Ya memang ada spesis ikan boleh terbang, aku tak pasti pulak nama ikan itu.. Mungkin namanya ikan terbang sebab jarak terbang boleh sampai bermeter-meter jauhnya. Saiznya pula agak sebesar 2 ke 3 cm macam tu, teruja pulak aku tengok makhluk unik itu. 


Trip kali ni kakak nina tak ikut sama sebab kebetulan dia ada exam yang pastinya tak boleh dielakkan, kalau dia ada pun mungkin dia tak sekuat adik hanis dan mamaD. Risau nina akan semput tak boleh tahan kesejukan angin laut. Hanis bila kakanya tak ikut memang dia agak moody sikit. Tengoklah tu ..

Semua muka masing masing nampak steady lagi, keterujaan masih kuat di hati.

Selepas 1 jam berlalu, tekong bot mencari lokasi sesuai untuk melabuhkan sauh. Kelihatan pada masa sama terdapat banyak bot-bot lain juga turut berlabuh di perairan sekitar. Menurut tekong di sini adalah salah satu tempat pembiakan sotong yang dinamakan unjam. (info berkenaan : unjam)

Mabuk laut

Bila bot mula melabuhkan sauhnya, bot akan beralun mengikut rentak ombak, kekiri kekanan kekiri, kadang kuat kekadang perlahan dan mula lah perut berkocak, tekak terasa loya dan kepala pening. Susah jugak nak kawal keadaan sebegini terutamnya bagi yang pertama kali naik bot ke laut. 

Kalau dah mabuk pasti akan muntah. Habis cerita ! Tutup alat pancing masuk tidur la jawabnya. Situasi begini kebiasaannya akan melenyapkan semangat untuk meneruskan aktiviti melainkan tidur seketika untuk pulihkan mood. Jangan risau, kalau sewa pakej bot besar, dalam bot ada tempat tidur dan tandas juga disediakan. Korang yang mabuk laut terpaksalah layan tidur sampai ok semula. 2 lelaki dah terdampar sebelum mulakan candat lagi, ada 3 perempuan lagi dalam kabin juga layan tidur sampai pagi. "Suatu percutian sangat bermakna bagi mereka" .

Alhamdulillah, cuma 2, 3 orang saja yang mabuk dan selebihnya masih steady dan bersemangat. Aku rasa macam hairan jugak tengok mamaD, hanis dan maktok boleh bertahan tanpa rasa mabuk. Hebat lah depa ni 'kuat' .. boleh ajak lagi lain kali.

Teknik mencandat sotong

Tekong akan ajarkan cara-cara mencandat yang betul, ada yang gunakan rod pancing bermesin dan ada yang guna koyan atau serek mencandat. Kalau guna serek ni memang penat la sikit, guna kudrat tangan nak naikkan tali pancing.. huh memang meletihkan tapi best part bila umpan mengena sotong.. berat rasa di tangan. 
Trip Mencandat Sotong Chendering Kuala Terengganu, 18 Mei 2016

Makan malam disediakan oleh pembantu tekong, sekitar jam 8 malam dah mula perut berkeroncong. Masa tu tekong akan tanya nak sedia makanan waktu bila, ikut masa kita. Kalau sotong tak makan umpan maka pemancing kena makan lah, masa tu sebaiknya. Pembantu tekong akan memasak nasi serta lauk kari ikan. Dapur gas sememangnya ada tersedia, kalau nak masak megi atau nak masak sotong juga dibolehkan. Makan atas bot memang sedap dan berselera lagi lagi cuaca sejuk nak hujan.

Korang yang melanggan pakej janga risau balik tangan kosong, kalau tak dapat hasil sotong pembantu tekong boleh tolong tambah hasil dari candatan diorang. Konsep diorang memang tak akan bawak balik apa hasil yang dorang dapat dan semuanya diserahkan kepada pelanggan pakej. Memang untung sangat la kalau pembantu tekong cekap boleh la dapat banyak sotong.

>> Pakej Candat Sotong Kuala Terengganu

Malam lebih kurang jam 12 pagi kami telah dilanda hujan ribut, angin kuat dan ombak makin tinggi. Dalam pakej memang ada sediakan jaket keselamatan untuk dipakai sepanjang masa di atas bot tapi kami semua tak pakai jaket sebab tekong dan pembantunya pun tak pakai jugak.. haha. Masa tu kami semua dah cuak tapi tekong cool saja, katanya ribut lalu tak lama 1 jam nanti akan reda balik macam biasa. Masa ni boleh la berimpit -impit di dalam kabin berlindung dari kena hujan dan kesejukan. Tengokalah tu.. haha Azabnya dalam masa sejam berlalu sudah semacam PATI pulak.

Betul jangkaan tekong, memang sejam seleps itu laut kembali tenang tapi sejuknya tetap sejuk tahap gigil sampai ke tulang dengan kesejukan angin malam lagi. Huh memang boleh kancing gigi dibuatnya.

Ini kira ambil pengalaman untuk pembaca lain. Buatlah persiapan lengakap sebaiknya, kalau perlua bawa baju sejuk dan baju hujan. Sebabnya 2 benda ini memang tak disediakan. Alah bisa tegal biasa, bagi tekong dan pemabantunya, mereka nampak steady je dengan baju nipis, kalau aku lah boleh kejang kesejukan.



Hasil candat boleh tahan jugak kami pada malam tu, kalau tak kena ribut lagi best. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan selamat kembali ke jeti jam 7 pagi keesokan harinya. Trip mencandat sotong selama lebih 12 jam di lautan pada 28 Mei lalu telah menyimpan banyak kenangan manis walau ada sedikit keperitannya. 

Bila ditanya balik diorang ..nak buat trip lagi tak tahun depan? Haha.. yang mabuk memang 'taubat' tak nak ikut dah, tapi yang dapat sotong pasti nak lagi.. insya allah tahun depan ada lagi.

Booking/pertanyaan :
>> Pakej Candat Sotong Kuala Terengganu

(Booking untuk Trip 2017 sudah DIBUKA bermula @ Jeti Chendering Kuala Terengganu) 


Dari nazlee.com > Pengalaman mencandat 2 hari 1 malam