Wednesday, March 1, 2017

Teknik Mencandat Sotong


Kongsi Teknik Mencandat Sotong Dari Kelab Pancing Facebook


Cerita lagi bab aktiviti mencandat sotong.. Sememangnya aktiviti menarik di Kuala Terengganu apabila tiba musim candat. Tak sabar rasanya bagai termimpi-mimpi sotong melekat di mata pancing, berat terasa bila ditarik dengan memancut-mancut 'dakwat' hitam dari mulutnya... huhu ginilah kot semangat mencandat membuak-buak bagi mereka yang sudah booking bot candat dalam menghitung harinya tiba. 

Program mencandat pada tahun 2017 kali ini akan bermula seawal bulan April, ramai yang plan mencandat waktu cuti hari minggu.

Apa pun , tarikh paling 'hot' adalah pada cuti panjang bermula 29, 30 April dan 1 Mei memang menjadi rebutan kaki pancing khususnya mencandat sotong. Rata-rata kalau ditanya kepada pengendali pakej mencandat pantai timur khususnya semuanya sudah penuh tempahan bot. Tempahan dibuka awal Desimber tahun lepas.

Tarikh-tarikh mencandat pilihan lain adalah hari cuti (Sabtu & Ahad) sepanjang musim mencandat sotong. Bagi kebanyakan peserta terdiri dari mereka yang pergi mencandat ini adalah hanya untuk memenuhi aktiviti keluarga atau kumpulan rakan kerja setelah stress dengan kesibukan kerja seharian. Mahu melepaskan 'ketegangan' kerja barangkali kena cuba sesuatu yang luar dari kebiasaan.

Aku nak share sikit teknik mencandat dari  Kelab Pancing Facebook (KPF), anda yang dah biasa masuk ke fb tersebut sememangnya meminati aktiviti memancing? itu yang aku fahamlah..kalau sesaja nak stalker kaki pancing memang itulah medium yang sempoi buat masa ni.. ramai giler ahlinya telah mencecah puluhan ribu orang.

Teknik baru dari brader Mie Ngail (admin KPF)

pakej mencandat sotong

kelab pancing facebook

> terima kasih abg Mie


Aku difahamkan, mencadat sudah begitu komersil, oleh itu pihak berkenaan menggunakan teknik lampu limpah (sport light) pada bot untuk memeriahkan kegelapan sekitar dengan cahaya yang terang agar dapat menarik kehadiran kumpulan sotong di lautan. Sudah menjadi lumrah bahawa sotong amat tertarik dengan cahaya.. maka idea meletakkan lampu neon di bahagian bawah tali pancing dan candat seperti yang ditunjukkan dalam gambar dijangka berkesan bagi mendapatkan hasil sotong dengan kaedah mencandat.

Boleh la singgah ke Kelab Pancing Facebook  untuk perkongsian ilmu memancing.