Senarai Harga Pakej 2017

Bersempena Tahun Melawat Terengganu 2017, Kebanjiran pelawat dari dalam dan luar negeri Terengganu dijangkakan akan menggamatkan lagi suasana "PESTA MENCANDAT SOTONG". Dikesempatan ini, pengendali pakej candat sotong meneruskan lagi aktiviti tahunan dengan lebih teratur. Kepada anda yang berminat mahu mencuba candat sotong, Sila buat perancangan awal dan tempahlah bot segera. Jika sudah mempunyai group komplot, Anda jangan berlengah lagi.. hubungi kami untuk maklumat terperinci.

Wednesday, May 31, 2017

Pakej Candat Sotong 2017


Pakej Candat Sotong 2017 dibuka mulai sekarang



Visit Beautiful Terengganu 2017

Bersempena Tahun Melawat Terengganu 2017, Kebanjiran pelawat dari dalam dan luar negeri Terengganu dijangkakan akan menggamatkan lagi suasana. Dikesempatan ini, pengusaha pakej candat sotong meneruskan lagi aktiviti tahunan ini dengan lebih teratur. Jadi kepada anda yang berminat, mahu mencuba 'candat sotong' buatlah perancangan awal dan tempahlah bot segera. Jika anda sudah mempunyai group, jangan berlengah lagi. Mengikut permintaan tahun sebelum ini, kebiasaannya Bulan May adalah menjadi rebutan para pencandat menempah tarikh trip. Pemilihan tarikh adalah bergantung kepada cuti-cuti umum dan cuti mingguan Jumaat, Sabtu dan Ahad. Walau bagaimana pun ada juga peserta memilih tarikh-tarikh mengikut kalendar Islam Hijrah mengikut kelapangan masa masing-masing. Pihak kami sedia memberikan servis yang terbaik.

Harga Pekej Candat Sotong Terengganu 2017


1) Pakej 1 (bot max 8 orang)
Rm 1200.00
2) Pakej 2 (bot max 10 orang)
Rm 1350.00
3) Pakej 3 (bot max 15 orang) 
Rm 1750.00  (qty bot terhad)
Rm1850.00 bot VIP (qty bot terhad) *update April 2017
4) Pakej 4 (bot max 06 orang) 
Rm 800.00

(update 2017)

Tentatif mencandat :
# Semua Peserta dikehendaki berkumpul dijeti selepas waktu asar kebiasaannya pada pukul 5 petang.
# Bertolak ke destinasi candat. Apabila sampai ke destinasi peserta bolehlah mula bercandat dan memancing.
# Kebiasaannya peserta pulang sebelum subuh tetapi terpulang kepada peserta candat.
# Peralatan candat TIDAK disediakan
Sewa Koyan @ serek kadar Rm10/satu dikembalikan apabila selesai mencandat (Peserta candat digalakkan membawa peralatan candat sendiri jika ada).~ guna jig yg bagus utk hasil yang banyak. Pemilihan candat boleh rujuk SINI

# Naik di jeti LKIM Chendering
# Makan dan minum disediakan.
# Jaket keselamatan disediakan
# Tandas bot disediakan,
# Ubat tahan mabuk disediakan.

*Pakej (tidak termasuk kos sewa bilik persinggahan di jeti)

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi :


Nazlee Dot Com Resources
Nazlee - 017-4009726 






2 comments: