Senarai Harga Pakej 2018

Kepada anda yang berminat mahu mencuba candat sotong, Sila buat perancangan awal dan tempahlah bot segera. Jika sudah mempunyai group komplot, Anda jangan berlengah lagi.. hubungi kami untuk maklumat terperinci.

Wednesday, April 11, 2018

Tarikh-tarikh Sesuai Mencandat Sotong

Tidak semua hari dan bulan adalah sesuai untuk melakukan aktiviti mencadat sotong. Bulan kemuncak musim sotong adalah antara bulan Mei dan Julai sepanjang musim. Untuk pencandat memilih tarikh yang sesuai biasanya akan merujuk dengan meneliti kalendar Hijrah (kalender Islam).


Pilihan Tarikh Mencandat Sotong Merujuk Kalender Islam


candat sotong

Tarikh yang sesuai mencandat sotong berbeza daripada tarikh untuk memancing ikan. Untuk mencandat sotong, tarikh yang paling sesuai adalah antara 13-20 haribulan Hijrah, iaitu ketika bulan semakin membesar sehingga bulan semakin mengecil. Pada waktu lain sotong boleh juga dicandat tetapi amat kurang berbanding dengan tarikh ini. Jangan pilih tarikh air mati iaitu pada 6-11 atau 20-26 kalender Hijrah, kerana pada masa ini tidak ada arus dan sotong juga tidak gemar menangkap candat. Jangan juga pilih ketika perubahan air pasang surut paling tinggi kerana pada waktu itu arus amat deras. Arus deras boleh menyebabkan candat hanyut dan terapung ke atas dan jauh dari dasar laut. Sotong kebanyakannya berada di dasar laut terutamanya ketika musim bertelur. 

Berkenaan masa sesuai mencandat pula adalah antara jam 7.00 ke 8.30 malam dan antara jam 11.00 malam ke 12.30 pagi. Tangkapan sotong akan meningkat ketika air mula hendak surut dan berkurang selepas air surut.

Mencandat di kala bulan penuh (15 haribulan Hijrah) tetap menjadi pilihan bagi kaki candat kerana kebiasaannya akan menjanjikan hasil tangkapan yang lumayan.

Ramai pencandat tidak punya pilihan masa dan tarikh yang sesuai kerana kekangan cuti terutama bagi mereka yang bekerja. Hari Jumaat, Sabtu dan cuti umum menjadi pilihan mereka walaupun kekadang hari hari tersebut tersasar dari waktu yang sesuai mencandat sotong. Apa yang berlaku kini para pencadat tidak hirau semua tentang hari dan waktu sesuai asalkan mereka boleh melakukan aktiviti candat sotong. Oleh kerana Candat Sotong sudah menjadi aktiviti tahunan kegemaran ramai sejak beberapa tahun dahulu lagi, maka pihak Pengendali Pakej Mencandat Sotong telah berusaha memberikan servis terbaik dengan menyediakan bot-bot dengan lampu limpah (spot light) tambahan untuk menyesuaikan keaadaan. Hakikatnya sotong memang gemarkan cahaya lampu terang di lautan sebagai daya penarik untuk timbul di  permukaan air sekitar bot.

Jika waktu dan tarikh sesuai sudah dipilih untuk mencandat, kadang kala belum tentu juga boleh menyumbangkan hasil sotong yang lumayan kepada pencandat kerana ianya bergantung kepada keadaan cuaca semasa. Cuaca buruk aktiviti mencandat tidak berjalan lancar kerana arus deras dan laut bergelora.

Sotong Tak ada! Pulang tangan kosong?

Kecewa kerana pulang dengan tangan kosong , mungkin ini disebabkan beberapa faktor antaranya salah pilih masa dan tarikh atau tidak bersungguh mencandat dan lebih banyak bersantai kosong dari mencandat. Lebih malang lagj jika pencandat sudah mabuk laut. Tidak ada petua lain melainkan tidur sehingga pulih dari  mabuk.

Jadual tahunan pasang surut air laut boleh didapati di Jabatan Laut Malaysia. 

Atau melalui laman web yang saya selalu kunjungi :



Nota :

Tarikh yang paling sesuai adalah antara 13-20 haribulan Hijrah, iaitu ketika bulan semakin membesar sehingga bulan semakin mengecil. 

Masa paling sesuai mencandat  adalah antara jam 7.00 ke 8.30 malam dan antara jam 11.00 malsm ke 12.30 pagi. Tangkapan sotong akan meningkat ketika air mula hendak surut dan berkurang selepas air surut.

No comments:

Post a Comment