Thursday, May 3, 2018

Pembahagian hasil tangkapan candat sotong berkumpulan

Pembahagian hasil tangkapan candat sotong


1. Ketua/organiser berhak menentukan kaedah pembahagian hasil dalam pasukannya.

2. Hasil candat yg diperolehi sebaiknya dibahagi samarata kepada setiap peserta terlibat sama ada penglibatan mereka secara langsung atau sekadar pemerhati sahaja (pemerhati berbayar)

3. Tekong dan awak2 seboleh mungkin membantu dalam proses tangkapan candat dan semua hasil terakhir program diberi kepada peserta.

4. Hasil sotong segar boleh dimasak/digoreng atau dibuat umpan memancing jika perlu (peserta kena bijak beramah dgn tekong dan awak2) minta bantuan jika perlu.

5. Dalam sebuah bot candat, sikap bekerjasama dalam pasukan adalah sangat penting untuk memastikan semua peserta melibatkan diri dan mengambil peluang dan pengalaman mencandat.

6. Kalau boleh jauhi sikap pentingkan diri. Saling membantu kpd peserta yang kurang pengalaman di lautan.

7. Elakkan pertengkaran semasa program mencandat berlangsung sebaikknya diselesaikan diluar program.

8. Pembahagian hasil candat sebaiknya dibuat semasa berada di darat.

9. Bahagikan kepada jumlah peserta terlibat mengikut longgokkan sotong mengikut saiz dan jenis. Biar adil dan saksama.

10. Semuanya bergantung kepada semangat kerjasama.

11. Jika cuaca elok, usaha lebih insya Allah rezeki memihak kepada mereka.

12. Jika mabuk tak boleh buat apa.. jangan paksa diri.



Nazlee 0174009726
www.decomplot.com
NazleeDotComResources
Pakej Candat Sotong K.Terengganu

No comments:

Post a Comment