Wednesday, February 15, 2017

Tunaikan Kewajiban Solat Ketika Berada Di Atas Bot Di Lautan !

Assalamualaikum..

Terasa terpanggil untuk berkongsi serta menghebahkan info berkenaan kewajiban bersolat khususnya bagi mereka yang berada atas bot di lautan. Sebagai Penyedia Perkhidmatan Pakej Memancing laut dalam dan Pakej Candat Sotong, ini juga merupakan kewajiban kami.. Semoga kita sama2 mendapat faedah dan meraih keberkatan Allah SWT atas kerja yang kita lakukan seharian.

Solat ketika di lautan

Ada persoalan yang bermain2 dalam diri, mungkin anda juga. Permasalahannya sebegini ; "Saya hadapi kemuskilan bagaimana perlaksanaan solat bagi nelayan/pemancing yang turun ke laut/sungai. Adakah boleh jamak @ qasar kerana tempoh yang lama di atas bot. Dan bagainmana kedudukan qiblatnya dan kedudukan untuk solat kerana bot yang bergoyang2 dan sentiasa berubah arah. Kalau bot bergoyang2 adakah boleh solat secara duduk kerana dikhuatiri jatuh ke dalam air? "

Jawapan permaslahan ini juga dipetik dari  blog (http://soalsolatumum.blogspot.my/)

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

- Bersolat di atas bot atau kapal adalah sah di sisi majoriti ulama, termasuk keempat-empat mazhab, Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Dengan syarat hendaklah disempurnakan segala syarat dan rukun-rukunnya sebagaimana bersolat di daratan.

- Menghadap kiblat di atas bot juga adalah syarat sah solat. Untuk itu, saudara boleh gunakan segala cara syar'ie untuk menentukan arah kiblat, atau berpandukan kepada kompas. Jika saudara telah bertakbiratul ihram ke arah kiblat, kemudian ketika solat bot beralih arah, hendaklah saudara beralih arah supaya tetap menghadap kiblat sepanjang solat.

Kata Imam Nawawi dalam Majmuk 3/222, "Jika angin bertiup dan mengalih kapal dari arah kiblat hingga dia (orang bersembahyang) beralih wajahnya dari kiblat, wajib mengembalikan kepada arah kiblat".

- Berkenaan solat secara duduk untuk solat fardhu di atas bot, ia hanya dibenarkan dalam keadaan tidak mampu untuk berdiri. Berdasarkan hadis masyhur, "Sembahyanglah secara berdiri. Apabila kamu tidak mampu hendaklah sembahyang secara duduk...". (Sahih Bukhari no: 1050).

- Berkenaan solat jamak, jika tidak ada sebab syar'ie untuk solat jamak seperti musafir dan sakit, hendaklah menyempurnakan solat mengikut waktu-waktunya. Wallahu A'lam.

Permasalahan sama juga diajukan, dengan sedikit penambahan.. "jika solat dilakukan di dalam bilik/ ruang yang tidak dapat melihat keluar (melihat arah kiblat apabila kedudukan berubah) bagaimana pula caranya? "

Jawapan permaslahan ini juga dipetik dari  blog sama (http://soalsolatumum.blogspot.my/)

Hadith berikut daripada Abdullah Ibnu Umar Radiallahu-anhu di mana telah bertanya seorang sahabat kepada Nabi sallallahu-alaihi-wasallam: Bagaimanakah cara saya bersolat dalam perahu ? Nabi sallallahu-alaihi-wasallam menjawab: Bersolatlah di dalamnya dengan berdiri kecuali jika engkau takut tenggelam. Hadith di atas adalah sebagai dalil bolehnya bersolat di atas kenderaan tidak kira apa jenis kenderaan itu kerana pelajaran hadith (illat) bukanlah berkenaan hukum perahu tetapi ialah kebolehan perlaksanaan solat di atas kenderaan.

Kaedah menunaikan solat fardhu di atas pesawat terbang adalah sama dengan kaedah solat di darat. Hanya apabila timbul kesukaran maka kesempurnaan gerak laku solat itu berkurangan selari dengan kadar kesukaran yang dihadapi. Ia mempunyai kesamaan dengan kaedah solat orang yang sakit dalam beberapa keadaan dan berbeza pula dalam beberapa keadaan lain, iaitu:

1. Hendaklah berusaha sekuat mampu bagi mencari tempat untuk bersolat dengan sempurna. Bertanyalah kepada anak kapal akan ruang sebaiknya untuk bersolat dan jikalau ruang itu digunakan oleh mereka dalam kesibukan kerja-kerja kabin maka tunggulah hingga kerja mereka berkurang atau selesai. Satu alternatif lain ialah memilih penerbangan dengan syarikat Muslim kerana anak-anak kapalnya akan lebih memahami kehendak kita dan berusaha menolong berbanding dengan syarikat penerbangan non muslim.

2. Jikalau sedang solat dan pesawat bergoyang sedikit maka dibolehkan berpegang atau bersandar sebentar kepada dinding atau kerusi bagi mengimbangkan diri, mengingatkan kepada sunnah Nabi sallallahu-alaihi-wasallam yang solat dengan bersandarkan tiang di kala umurnya sudah lanjut.

3. Jikalau pesawat banyak bergoyang sehingga membimbangkan maka dibolehkan solat duduk dengan rukuk secara membongkok dan sujudnya seperti biasa hingga ke lantai pesawat. Jikalau sedang bersolat secara berdiri dan dipertengahannya pesawat mula bergoyang maka teruslah solat dengan duduk sehingga habis tanpa perlu dimulakan semula.

4. Jikalau goyangan pesawat adalah keterlaluan hingga terbitnya tanda 'Pasang tali pinggang keselamatan' atau 'Fasten seat belt' maka sebaiknya ialah duduk dahulu dan bersolatlah kemudian apabila suasana kembali tenang. Memaksa diri beribadat sehingga mendatangkan kecederaan bukanlah sesuatu yang dicenderungi agama malah akan dipertangunggkan jikalau kecederaannya itu menyebabkan dia tidak dapat meneruskan ibadah yang lain, meninggalkan amanah tanggungan dan menyusahkan pula orang lain. Jikalau goyangan pesawat berlanjutan sehingga dijangka akan melewati waktu solat (contohnya solat subuh) maka laksanakanlah ia secara duduk di kerusi sendiri.

5. Jikalau tiada tempat untuk solat maka tetaplah bersolat ditempat duduk sendiri dan solatlah dengan sujudnya ditunduk lebih rendah dari rukuk. Perintah menghadap qiblat tetap hadir sebagaimana yang diterangkan sebelum ini.

Jikalau terdapat dua pilihan, satunya ialah boleh menghadap ke arah qiblat tetapi solatnya harus secara duduk manakala yang kedua ialah boleh solat secara sempurna tetapi tidak dapat menghadap qiblat melainkan di takbir yang pertama maka hendaklah dia mengutamakan solat menghadap qiblat sekalipun secara duduk kerana solat secara duduk sememangnya dibolehkan oleh nas yang jelas di kala kesukaran manakala solat tanpa menghadap qiblat dengan sempurna adalah satu kebolehan yang diijtihadkan.

Semoga kita sama2 memelihara solat dalam waktunya. Utamkan yang lebih utama.

Salin dari main blog www.nazlee.com

No comments:

Post a Comment